20100512

Ekspedisi 'Jejak Warisan Jawi'

'dari SEMENANJUNG ke AYUTTHAYA'

Ekspedisi Jejak Warisan Jawi ‘dari SEMENANJUNG ke AYUTTHAYA’ anjuran MAJMAK BUDAYA DAN WARISAN JAWI telah berjaya dilaksanakan, bermula dari tarikh 12hb~21hb Februari 2010. Projek ekspedisi ini bertujuan Menjejak sejarah bangsa Melayu dan kesinambungan tinggalannya di Thailand.


Seterusnya merapatkan perhubungan silaturrahim satu bangsa tetapi berlainanan negara dalam satu program yang harmoni, melalui persembahkan kebudayaan Melayu Semananjung kepada masyarakat Melayu Thailand.

Laluan ekspedisi ini bermula dari Klang, Selangor sehinggalah ke Ayutthaya, Thailand dan melalui jalan pantai barat Thailand yang memakan masa selama 10 hari dan perjalanan sejauh lebih 4000 kilometer dengan mengunakan 6 buah kenderaan pacuan 4 roda dari pasukan BLACKWIND ADVENTURE TEAM.

[ Peserta Ekspedisi bergambar bersama penduduk di pulau Koh Klang, Krabi, Thailand ]

Para peserta yang terdiri dari pelbagai bidang pekerjaan seramai 22 orang termasuk 2 orang pemberita dari BERITA HARIAN telah berganding bahu melaksanakan projek ini termasuk membawa sumbangan kepada pihak fakir miskin di selatan Thailand yang telah diuruskan oleh pihak ZAKAT SELANGOR.

Selain itu ekspedisi ini turut membawa logo kempen ‘MELAWAT MALAYSIA’ sebagai salah satu usaha projek ini yang turut memperkenalkan produk pelancongan Malaysia bagi menarik pelancong Thailand ke Malaysia.

Sila lihat perkembangan seterusnya di JEJAK WARISAN JAWI

No comments:

Post a Comment